PEMAIN URUMEE MELLAM DIBERI RUANG LATIHAN DI CHERAS, SATU PENGIKTIRAFAN BESAR TERHADAP SENI WARISAN

10 SEPTEMBER 2026

AMPANG: Dua buah dewan di kawasan Cheras telah disediakan bagi membolehkan pemain Urumee Mellam menjalani latihan secara percuma.

Penggiat seni tempatan, Jegan, bersama usahawan dan aktivis masyarakat, CR Karthik, menyifatkan kemudahan tersebut sebagai satu pengiktirafan besar terhadap seni tradisional masyarakat India.

Sebelum ini, video sekumpulan anak muda India berlatih Urumee Mellam di kawasan kedai di Ampang tular di media sosial dan menerima lebih satu juta tontonan.

Susulan isu tersebut, Muhammad Shafik, Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad @ Ultimate, telah menghubungi pihak terbabit bagi mendapatkan maklumat mengenai masalah tempat latihan.

Hasil perbincangan, dua buah dewan di Cheras kini disediakan untuk latihan Urumee Mellam serta seni tradisional lain secara percuma tanpa mengganggu orang awam.

Jegan dan CR Karthik turut menegaskan bahawa Urumee Mellam merupakan seni warisan yang perlu dihargai dan tidak seharusnya dipandang serong.

Mereka berharap kemudahan tersebut dapat dimanfaatkan oleh generasi muda untuk terus memelihara dan mengembangkan seni tradisional berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *