17 Feb 2026

YM Dato’ Paduka Seri Amb. Dr. Hasnizal Hj Hassan, Timbalan Presiden Yayasan Tengku Jaril Sulaiman menerima cenderahati dari pihak penganjur

Majlis Softlaunch Malaysia Young Star Award 2026 MY STAR AWARD yang julung kali dianjurkan oleh JC Scope Marketing dengan kerjasama Pertubuhan Inovasi Cemerlang telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Klana Resort Seremban. Program berprestij ini bertujuan untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak berpotensi dari pelbagai kaum yang telah mencapai kejayaan cemerlang di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa dalam pelbagai sektor industri termasuk akademik, sukan, seni, inovasi, kepimpinan serta keusahawanan muda.

YBrs. Tuan G. Jaichandaran Gopala, Pengasas JC Scope Marketing merangkap Presiden PIC
Majlis yang menghimpunkan kanak-kanak berusia antara 8 hingga 18 tahun dari seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak ini telah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada ibu bapa, pendidik, badan korporat serta masyarakat umum. Ia membuktikan bahawa usaha memperkasakan generasi muda sentiasa mendapat sokongan padu daripada pelbagai lapisan masyarakat
.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Mulia Dato Paduka Seri Amb. Dr. Hasnizal Hj Hassan, Deputy President Yayasan Tengku Jaril Sulaiman. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Encik Izwandy Nordin, General Manager Klana Resort Seremban, serta beberapa tokoh korporat terkemuka yang berpengalaman luas dalam dunia perniagaan di peringkat nasional dan antarabangsa. Kehadiran mereka menyerlahkan komitmen sektor swasta dalam menyokong pembangunan bakat muda negara.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Tuan G. Jaichandaran Gopala, Founder JC Scope Marketing merangkap Presiden Pertubuhan Inovasi Cemerlang (PIC). Beliau menegaskan bahawa pelancaran buku “MY STARPEDIA” Edisi Pertama yang berlangsung semasa majlis softlaunch ini merupakan satu inisiatif penting sebagai platform dokumentasi dan pengiktirafan rasmi kepada kanak-kanak berpotensi di seluruh Malaysia. Buku ini bukan sahaja menjadi simbol penghargaan, malah berperanan sebagai medium promosi bakat muda ke peringkat domestik dan antarabangsa dengan sokongan strategik daripada pihak korporat dan organisasi yang prihatin terhadap pembangunan belia negara.
Menurut beliau lagi, Malaysia Young Star Award 2026 bukan sekadar sebuah majlis anugerah, tetapi satu ekosistem sokongan yang komprehensif dalam membimbing, mempromosikan dan membuka peluang kepada generasi muda untuk terus berkembang secara progresif. Inisiatif ini selaras dengan aspirasi kerajaan dalam melahirkan generasi berdaya saing, berinovasi dan mampu mencipta impak di peringkat global.

Pihak penganjur berharap agar Program Malaysia Young Star Award ini dapat dijadikan acara tahunan yang berprestij dan menjadi penanda aras kepada pengiktirafan bakat muda di Malaysia. Dengan kerjasama erat antara JC Scope Marketing, Pertubuhan Inovasi Cemerlang serta rakan-rakan penaja korporat, lebih ramai kanak-kanak berpotensi tinggi akan diberi peluang untuk diketengahkan ke platform yang lebih luas dan profesional.
Secara keseluruhannya, Majlis Softlaunch Malaysia Young Star Award 2026 telah membuka lembaran baharu dalam landskap pembangunan bakat muda negara, sekali gus membuktikan bahawa masa depan Malaysia terletak pada generasi muda yang berbakat, berdisiplin dan berwawasan tinggi.















